Ahalhas - Jurnal Si Pengejar Mimpi Headline Animator

Monday, November 1, 2010

Vsomebody VIP Access

Pada 27 Oktober yang lepas saya menerima email daripada upline saya yang berbunyi:

"Halim, khas untuk anda! Sistem bantuan anda"

Saya agak teruja untuk mengetahui apakah yang terkandung dalam email tersebut kerana saya memang sedia maklum kumpulan upline dalam pasukan Vsomebody ni memang sangat aktif menyediakan platform untuk membantu downline-downline mereka. Nah! tekaan saya memang tepat sekali! Saya telah dijemput untuk menyertai apa yang mereka panggil sebagai 'Vsomebody VIP Access' iaitu suatu sistem portal yang menyediakan bantuan dari segi maklumat dan rujukan dan keahliannya ekslusif untuk ahli -ahli Vemma yang berada dalam turunan pasukan Vsomebody. 

Tanpa membuang masa saya terus mendaftar untuk mengetahui apa yang ditawarkan di dalam portal ini. Wah! saya amat kagum kerana kini saya mempunyai wadah yang lebih mantap bagi mendapatkan ilmu-ilmu dan maklumat-maklumat yang amat berguna untuk mengembang perniagaan Vemma saya. Sistem portal ini disokong oleh pemimpin-pemimpin Vsomebody yang berjumlah 9 orang semuanya yang bersedia untuk menurunkan ilmu-ilmu dan pengalaman mereka serta sedia menjawab persoalan-persoalan ahli-ahli baru (atau lama) yang menghadapi masalah dengan sistem Vemma.

Uniknya di dalam perniagaan Vemma ini, kita bukan sahaja mempunyai 'direct upline' untuk membantu kita, malahan upline-upline lain (yang merupakan pemimpin kebanyakannya) juga boleh kita hubungi utk membantu, walaupun mereka tidak mengenali kita sebelum ini. Bagus kan! Kalau dulu, kita hanya bergantung kepada 'direct upline' kita untuk memimpin kita ke jalan benar, kalau upline kita tu hancuss, maka kita pun hancuss bersama-sama. Kini dengan Vemma, kita tak perlu risau sama ada 'direct upline' kita aktif ke tak aktif ke, kerana kita mempunyai banyak pilihan upline lain yang lebih komited untuk membantu kita berjaya.

Kita tidak bersendirian di dalam Vemma. Jom sertai pasukan Vsomebody! Anda tidak perlu bayar mereka sesen pun tetapi mereka bersedia mencurah ilmu kepada anda supaya anda boleh buat duit apabila anda menyertai Vemma. 

Segalanya kini di tangan anda. Buat keputusan tepat dengan menyertai pasukan terhebat Vsomebody! Demi kejayaan anda!


0 comments:

Post a Comment