Ahalhas - Jurnal Si Pengejar Mimpi Headline Animator

Monday, November 15, 2010

Hati-hati penipuan menggunakan nama Paypal

Maaf, hari ini saya ingin membicarakan hal yang 'off-topic' sikit tapi sangat penting kerana saya merasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan sekaligus menjadi rujukan kepada sesiapa yang inginkan elakkan diri daripada tertipu.

Baru-baru ini saya cuba untuk menjual beberapa barangan di rumah saya yang sudah tidak dipakai melalui laman jualan terkenal Mudah.my. Setelah beberapa hari menyenaraikan barangan saya itu saya telah menerima email daripada seseorang bernama 'Mikel Boldon'. Si 'Mikel' ini nampaknya berminat untuk membeli barangan yg saya jual, dan pada harga yang lebih tinggi daripada harga yang ditawarkan. Setelah berbalas-balas email, si 'Mikel' ini menghantar satu email yg menyatakan bahawa dia telah membuat bayaran melalui akaun Paypal (kebetulan saya memang ada akaun Paypal dan telah memberikan email yg berkaitan) berjumlah RM1800 utk barang saya dan RM3000 lagi utk kos penghantaran).

Kemudian, saya menerima email kononnya daripada Paypal menyatakan bahawa saya telah menerima bayaran RM4800 ke dalam akaun Paypal saya tetapi 'pending', duit hanya akan dilepaskan sekiranya saya membayar dahulu kos penghantaran sebanyak RM3000 kepada syarikat penghantaran yg ditetapkan di dalam email si 'Mikel' ini. Wang tersebut hendaklah dihantar melalui Western Union. 

Pada ketika ini, saya dah rasa tak sedap hati. Saya check dalam akaun Paypal saya takde pun bayaran diterima dan tiada transaksi yang 'pending'. Kemudian, saya 'hover' pointer mouse saya di alamat email Paypal yg saya terima dan saya lihat asal emailnya adalah drpd 'fundtransfernotification@accountant.com', dan bandingkan dgn email Paypal yg saya pernah terima sebelum ini, yang sememangnya drpd 'service@intl.paypal.com'.

Utk semakin yakin lagi, saya 'search' alamat si 'Mikel' ini dalam Facebook kot-kot ada dan orangnya real, tapi apa yg saya dapat ialah tulisan blog org-org yang sebelum ini yang pernah ditipu menggunakan modus operandi yang sama.

Sah! si Mikel ni memang sedang berusaha menipu saya. Saya pasti email-email Paypal yg saya terima bukanlah drpd Paypal sebenarnya.

Saya pasti jika saya transfer RM3000 melalui Western Union, wang itu akan hilang dan duit 'Paypal' yang dikatakan 'pending' tak akan masuk ke akaun Paypal saya selama-lamanya. Jahat sungguh orang-orang ni. RM3000 bukan jumlah yang sedikit!!!.

Kemudian saya terima lagi satu email yg kononnya daripada Janet Stone (janetstone1980@yahoo.com). Kali saya cakap saya tak terima bayaran melalui Paypal, hanya pindahan duit melalui bank. Dia bersetuju dan kali ini dia tak tawar harga lebih tinggi, cuma dia kata dia tanggung kos penghantaran. Saya kata Ok dan check kos penghantaran dan kosnya lebih mahal drpd harga barangnya. Saya email pada dia kata kos sangat mahal, tapi dia kata ok (hmmm..mencurigakan lagi). Si 'Janet' ini meminta saya menghantar barang ke Nigeria dan meminta nama, no akaun dan no telefon saya. Sebagai langkah berjaga-jaga saya 'google' lagi nama dia, alamat email dia dan lain-lain kata kunci. Nah, sekali lagi ramai rupanya yang sudah tertipu atau hampir tertipu dengan si 'Janet' ini.

Dua kali saya cuba ditipu dan alhamdullillah, saya tak terperangkap dalam permainan sindiket 'scam' ini. Bagi individu-individu yang menjual dalam internet, berhati-hatilah dengan geng-geng ini, pastikan anda lakukan 'google research' dan lain-lain supaya anda pastikan bahawa orang yang anda berurusan adalah jujur dan 'asli'.

Untuk melihat email-email dr si 'Mikel' ni, boleh follow link ini: http://bit.ly/d8PRRL

Yang pasti, Vemma tak tipu dan apabila anda 'order' dan bayar dalam talian (online) anda pasti akan menerima produk Vemma yang telah anda bayar itu.

0 comments:

Post a Comment