Ahalhas - Jurnal Si Pengejar Mimpi Headline Animator

Friday, October 1, 2010

Kaya Sekelip Mata!..Janganlah macam tu

Nak kaya cepat? Kaya sekelip mata? BMW sebijik dalam masa 6 bulan?

Ini adalah antara ayat-ayat lazim yang digunakan oleh pendokong MLM/Network Marketing untuk menarik perhatian prospek-prospek mereka. Yelah, siapa yang tak nak kaya kan..bila terdengar atau terlihat ayat-ayat sebegini, mata tercengang-cengang, hati berdebar-debar, tangan berpeluh-peluh..betul ke ada cara cepat jadi kaya? Maka secara magisnya berbondong-bondonglah orang menyertai MLM dengan harapan tinggi menggunung.

Saya bukan nak kata masuk MLM tak boleh kaya cepat. Memang sudah terbukti dalam sejarah peradaban komersil dunia, ada yang kaya dalam masa singkat dengan menjalankan perniagaan MLM. Mereka ini dalam kelompok 2 %, orang-orang terpilih, yang dapat mengatasi/menakluk ketakutan dalam diri mereka, yang 'beriman' secara total kepada rukun-rukun MLM. Kita boleh memasukkan diri kita dalam kelompok elit ini jika kita sendiri mampu menaklukkan ketakutan dalam diri.

Yang menjadi masalahnya sekarang ini ialah, yang menyertai MLM kebanyakannya, mengharapkan magis berlaku! 

'Aku dah bayar produk nih, tak dapat pun bonus'..yelah mana nak dapat bonus kalau downline pun takde.

'Aku dah join 6 bulan dah ni..duit dah habis beratus-ratus, modal tak balik lagi ni'...memang la join dah lama..downline pun baru ada 2-3 kerat, tak duplicate plak tu..camna nak dapat bonus.

'Downline aku banyak nih..tapi kenapa aku tak kaya-kaya lagi?? hmmm..mungkin dia ni tak faham konsep.

Ketahuilah tiada wujud magis dalam dunia ini (kecuali dalam permainan video, komputer, TV dan wayang). Memetik kenyataan daripada blog Tyler & Mimi Ford, secara purata perkembangan pendapatan ahli MLM mengikut prinsip 1-3-5-7.

1 tahun untuk menjana untung (iaitu apa yg kita dapat melebihi apa yg kita bayar untuk maintenance), 3 tahun untuk menjana pendapatan sepenuh masa (masa ni dah boleh hantar surat berhenti kerja), 5 tahun untuk menjana pendapatan tinggi, 7 tahun untuk menjadi bebas (tiada masalah kewangan lagi) dan menjana pendapatan 6-7 angka.

Maka terjadilah peratusan kadar berhenti MLM ialah 98%, kerana mereka ini adalah antara orang-orang meletakkan harapan terlalu tinggi. Bila kita meletakkan harapan setinggi langit, bila harapan itu tak tercapai, kita kembali menyembah bumi, hancur berkecai. Nasihat saya, janganlah jadi begitu. Letakkan harapan yang realistik (seperti 1-3-5-7) dan berusaha lebih untuk membantu insan lain daripada sibuk membuat untung. Insya-Allah, usaha kita akan menjadi dan kita akan menjadi kaya apabila sampai masanya nanti.

0 comments:

Post a Comment