Ahalhas - Jurnal Si Pengejar Mimpi Headline Animator

Tuesday, September 7, 2010

Rasuah Perosak Bangsa

Baru-baru ini saya mendengar berita sedih daripada kawan saya yang terpaksa menjual perniagaan yang baru bermula kerana tidak tahan dengan pihak berkuasa yang sentiasa 'minta disuap' dan juga demi kerana mempertahankan prinsipnya untuk tidak terlibat dalam memberi 'suap'. Bagi saya yang pernah juga berbisnes konvensional sebelum ini, tidak dapat menafikan yang perkara sebegini memang sering berlaku, menyebabkan kekecewaan yang amat sangat. 


Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”.
Tanyalah mana-mana orang bisnes, saya percaya kebanyakan daripada mereka menyatakan bahawa 'suap-menyuap' ini telah menjadi kebiasaan yang menentukan hidup mati perniagaan mereka. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menjadikannya amalan walaupun tahu ianya dilarang (sama ada oleh negara mahupun agama), demi menjayakan perniagaan yang dijalankan. Kalau tidak di'suap' urusan bisnes akan tertangguh atau menghadapi masalah. Biasanya melibatkan pihak berkuasa kerana merekalah penentu (untuk mendapatkan lesen, permit, untuk tidak disaman, untuk mempercepatkan proses, dan lain-lain).

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) diantara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu dengan (memberi rasuah) kepada hukum-hukum, kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, pada hal kamu mengetahui (salahnya)". Al-Baqarah ayat 188

Dan dengan demikian, bagi saya, adalah lebih baik untuk saya kekal bersama perniagaan Vemma sahaja kerana saya (setakat ini) tidak nampak unsur-unsur di mana saya terpaksa memberi 'suap' atau menerima 'suap'. Perniagaan network marketing tidak langsung melibatkan mana-mana pihak berkuasa (kerana ianya home-based), ahli-ahli tidak perlu mendapatkan lesen/permit (kecuali lesen AJL yang diuruskan oleh HQ) dan kita tidak perlu memberi 'suap' kerana untuk mendapatkan tender projek dan sebagainya, kerana bisnes kita hanya meramaikan ahli rangkaian kita sahaja. 

Hanya satu 'suapan' sahaja yang kita terima, iaitu 'suapan' bonus USD daripada syarikat setiap minggu (yang pastinya ini bukan rasuah ye..hehehe..)

Renung-renungkanlah.

0 comments:

Post a Comment