Ahalhas - Jurnal Si Pengejar Mimpi Headline Animator

Wednesday, September 1, 2010

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Negaraku tercinta siap menyambut ulangtahun kemerdekaannya semalam. Kemerdekaan banyak membawa perubahan kepada senario negara dalam segala aspek. Bagi saya, kemerdekaan membawa satu faedah yang paling besar, kebolehan untuk menentukan halatuju sendiri. Semasa dijajah, negara kita hanya pasrah kepada keputusan tuan kolonial kita, kita bukan merupakan tuan kepada takdir kita sendiri. Banyak perkara yang kita tidak puashati tetapi tiada kuasa untuk melakukan perubahan kecuali atas kebenaran tuan kolonial. Kini negara sudah 53 tahun merdeka dan sejak itu negara kita diacu mengikut kehendak kita, rakyatnya.

Persoalan yang sama boleh diajukan pada diri kita sendiri. Adakah kita sudah merdeka? Adakah kita masih dijajah secara mental dan fizikal. Adakah kita berkuasa menentukan hari esok kita? Adakah kita tuan kepada takdir kita sendiri? Banyak persoalan yang kita boleh utarakan dan hanya diri kita sendiri yang tahu jawapannya.

Saya sendiri tulus menyatakan bahawa diri saya masih terbelenggu. Belum merdeka secara
total. Masih banyak rantai yang belum diputuskan. Belum menjadi tuan. Masih lagi terikat. Tuan kolonial saya kebanyakannya tidak mempunyai wajah dan hati. Hanya menunggu masa untuk merentap habis baki kebebasan yang saya masih ada.

Saya masih belum merdeka. Apabila tiba waktunya saya merdeka, saya akan sambut sebagaimana Malaysia menyambut Hari Merdekanya. Hari Merdeka saya! Saya sasarkan hari ini terjadi dalam masa 2 tahun lagi. Insya-Allah.



Hari Merdeka anda bila?

0 comments:

Post a Comment