Musim raya ni lah musim orang banyak kena penyakit. Yelah, dok hari-hari sumbat perut dengan macam-macam makanan tiap-tiap hari, rendanglah, lemanglah, kuih raya yang 1001 jenis, air manis bergas, soto, lodeh (terliur pulaklah saya bila menaip benda-benda ni semua). Sampai berjalan pun dah slow macam kongkang. Tali pinggang lubang satu dah tarik ke lubang enam (silap-silap ada yang tak masuk lubang pun, sebab lubang dah habis).
Bila nak masuk kerja, mulalah demam, selsema, batuk (ditambah dengan cuaca panas ketika ini dan debu habuk ketika perjalanan nak beraya). Pakej istimewa ini akan mula menjadi igauan setiap peraya-peraya tegar di luar sana. Alhamdullillah, pakej istimewa yang saya sebutkan di atas tidak lagi menjadi igauan saya, semua kerana amalan saya meminum Vemma 2 auns setiap hari.
Mungkin ada yang tertanya-tanya apa relevannya penulisan saya dengan tajuk artikel ini iaitu 'Gunakan tanpa was-was'. Tag line ini mengingatkan saya 15-20 tahun dulu sewaktu saya selalu menonton TV dan terlihat iklan produk jenama 'Zaitun' yang popular pada zaman itu. Primary benefit produk Zaitun ketika itu ialah ianya halal (suatu konsep yang masih belum menjadi popular pada zaman itu). Sekarang ini, halal sudah menjadi suatu industri (yang menjadi isu penting bagi konsumerisme populasi muslim). Dan sukacita di sini bahawa Vemma Mangosteen Plus juga adalah produk HALAL, dan telah diiktiraf oleh IFANCA, suatu badan pengiktirafan HALAL yang beroperasi di Amerika Syarikat. Lihat gambar sijilnya dalam Fan Page saya (lihat sebelah kiri laman ini).
Bagi sesiapa yang teringin untuk mencubanya, jangan ragu-ragu lagi, gunakan Vemma tanpa was-was.
Wassalam.
Wassalam.


0 comments:
Post a Comment