Ahalhas - Jurnal Si Pengejar Mimpi Headline Animator

Wednesday, August 4, 2010

Vemma - Perniagaan Kurun ke-21

Robert T. Kiyosaki, penulis buku paling laris di Amerika Syarikat iaitu 'Rich Dad Poor Dad', telah menamakan perniagaan pemasaran rangkaian (network marketing/MLM/direct selling) sebagai perniagaan pilihan kurun ke-21 bagi mengatasi segala macam masalah akibat keruntuhan model ekonomi dunia kini. Kiyokasi mengambil contoh Amerika Syarikat sendiri yang rakyatnya mengalami keperitan kemelesetan ekonomi ketika tahun 2008-2009 dan melihat jalan penyelesaian untuk keluar daripada masalah kegawatan ialah dengan memulakan perniagaan sendiri iaitu melalui model perniagaan MLM kerana ianya bermodal rendah, tiada kos overhed (seperti sewa, gaji, utiliti dsbg) dan berupaya memberi pulangan tinggi.

Kiyosaki merupakan penyokong kuat model perniagaan MLM kerana beliau telah mengamati dan mengkaji banyak syarikat-syarikat MLM dan berjumpa dengan pemimpin-pemimpin yang telah mengecap kejayaan besar di dalam perniagaan ini. Beliau menyatakan bahawa perniagaan ini banyak bergantung kepada komunikasi, kepimpinan dan teknik pembinaan pasukan berbanding teknik jualan. Ia tidak memerlukan latarbelakang pendidikan yang tinggi atau pelaburan berjuta-juta untuk mendapatkan pendapatan 6 angka. Malah tidak perlu berhenti kerja pun. Sesiapa pun boleh melakukan perniagaan ini! Vemma tergolong dalam kategori perniagaan jenis ini dan jelas sekali Vemma merupakan perniagaan pilihan abad ini.

Saya sertakan juga satu klip Youtube untuk melihat dengan lebih jelas apa yang dimaksudkan oleh saya.




0 comments:

Post a Comment