Ahalhas - Jurnal Si Pengejar Mimpi Headline Animator

Tuesday, August 24, 2010

Latihan di Vsomebody Training Centre

Salam sejahtera,

Hujung minggu lepas saya berkesempatan menghadirkan diri ke sesi latihan yang dianjurkan oleh leader-leader Vemma di Kota Damansara. Pusat latihan ini (yang dikenali sebagai VSTC) masih baru ditubuhkan atas usahasama leader-leader Vemma bagi menyediakan avenue untuk ahli-ahli berkumpul dan berkongsi rahsia kejayaan dengan leader-leader. Ia terletak di Sunsuria Avenue, Kota Damansara. Lebih kurang 26 orang hadir untuk sesi kali pertama ini.


Peluang ini memang saya tunggu-tunggu kerana beberapa sebab, antaranya ialah inilah masanya mendapatkan tips-tips berkuasa daripada orang yang dah lebih dulu berjaya dan kedua, supaya saya dapat bertemu mata bertentang mata dengan  leader-leader yang selama ini saya kenali melalui word-of-mouth sahaja. Walaupun latihan itu diadakan dibulan puasa, sehari-suntuk, jauh (Bangi ke Kota Damansara), Dua hari pulak tu (sabtu dan ahad ialah waktu kualiti bersama keluarga) namun saya gagahkan jua kerana saya percaya ini adalah sebahagian resipi kejayaan. 

Antara leader-leader yang berkongsi pengalaman dan rahsia kejayaan semasa latihan tersebut ialah Diamond Leader Siti Husna, Diamond Leader Sharulnisah, Diamond Leader Nurul Amir, Star Platinum Nasoha dan Executive M. Sadik. Berikut adalah beberapa gambar yang saya ambil. 


Mengambil kesempatan bergambar bersama Executive Leader M. Sadik. Borrow power!

Bersama Star Platinum Nasoha, antara tunjang utama pasukan Vsomebody. Borrow power!


Executive M. Sadik layak bergelar Pakar Motivasi kerana persembahannya yang bersemangat dan 'high charged!

Peserta-peserta terpaksa menjawab kuiz barulah boleh duduk. Nasib baik saya boleh jawab. 


Star Platinum Nasoha memberikan tips-tips power khas untuk bulan puasa


Gold Leader Kak Rohaya bercerita tentang produk Vemma









Saya berbangga melihat inisiatif yang diambil oleh leader-leader Vemma untuk meyakinkan rakan-rakan niaga (downline) bahawa mereka sentiasa berada bersama untuk membantu untuk ahli-ahli untuk berjaya. Saya juga suka memetik ayat beberapa leader Vemma yang menyatakan dalam Vemma upline kita bukan seorang tetapi ramai (malah berpuluh-puluh) yang bersedia membantu, kalau tak berjaya jugak, janganlah menyalahkan upline, salahkan diri sendiri. 

Vemma adalah pilihan tepat bagi saya kerana adanya sokongan dan bantuan yang diberikan oleh upline seperti yang telah saya buktikan di sini. Saya tahu ramai orang yang gagal dalam bisnes mereka dengan alasan upline tiada untuk membantu (dah daftar upline terus ghaib, malah saya jumpa salah seorang seperti itu dalam sesi ini). Jadikan ini sebab kukuh untuk anda menyertai Vemma dan anda akan lihat ada jalan menuju cahaya, hanya tinggal diri sendiri perlu bertindak sama ada untuk merangkak, melangkah atau berlari.
















0 comments:

Post a Comment