Ahalhas - Jurnal Si Pengejar Mimpi Headline Animator

Monday, August 9, 2010

Alamak dah dapat PE, apa nak buat?

Suatu senario yang biasa bagi ahli-ahli Vemma: di suatu pagi hujung minggu yang indah, aku lalu bangun dan terus ke dapur membuat kopi (walaupun tak gosok gigi lagi, standard la tu..). Kopi dah siap, pastu nak buat apa, baca suratkhabar, boring lah, asyik citer politik tahapapa jer. Hah! buka laptop la apalagi, terus connect internet dan buka emel mana tau ada perkembangan terkini. Lalu aku tersenyum kerana: 




Aku dah dapat PE!! (PE bermaksud Pre-Enrollee, iaitu orang yang singgah ke laman web kita dan meninggalkan nama, nombor perhubungan dan alamat emel kerana berminat ingin tahu lebih lanjut). Gembira sakan kerana laman web kita dah berhasil 'menangkap' prospek. Namun, kegembiraan itu tidak kekal lama kerana diganti pulak dengan perasaan lain, 'Lepas tu nak buat apa ye?'

Jadi disini ingin saya berkongsi tentang tips pengurusan PE ini. Jika anda berada dalam situasi sebegini, berikut adalah beberapa pilihan tindakan anda.
  1. Masukkan nama dan alamat emel PE anda ke dalam sistem Autoresponder. Autoresponder ini boleh jadi milik anda, atau milik upline anda. Tugas Autoresponder ini adalah untuk menghantar emel-emel maklumat kepada PE anda supaya mereka boleh membuat keputusan tepat. Sistem Vemmabuilder juga akan menghantar emel-emel kepada PE anda tetapi di dalam Bahasa Inggeris. Jika PE anda menerima emel berbahasa Melayu, peluang untuk PE faham dan sertai Vemma menjadi tinggi. Namun ada kemungkinan PE anda tidak menerima emel atau meletakkan emel orang lain atau jarang membuka emel. Jika ini berlaku dan anda tidak membuat susulan, maka melepaslah peluang anda mendapatkan ahli baru.
  2. Hubungi PE anda. Kenalkan diri anda dan bagaimana anda dapat nombor telefon PE, kemudian tanyakan yang berikut:
    • Sama ada PE ada mendapat emel daripada Vemma. Jika tidak, minta PE anda periksa di dalam fail SPAM dalam akaun emel mereka, dan beritahu yang anda akan hubungi mereka lagi.

    • Jika PE ada mendapat emel-emel Vemma, tanya maklumbalas mereka terhadap maklumat-maklumat yang diterima. Beritahu PE anda mereka akan dapat lebih banyak maklumat jika bertemu dengan anda, dan anda boleh menjawab segala persoalan mereka. Jika mereka bersetuju, tanya lokasi mereka. Jika lokasi mereka jauh dari tempat anda, beritahu yang anda akan bantu dengan menghubungi ahli Vemma yang berdekatan dengan tempat PE anda.

    • Jika PE anda tidak mahu berjumpa atau beri alasan lain; jangan gusar, follow-up lagi dalam masa beberapa hari. Matlamat anda ialah utk buat pertemuan dengan PE anda (Perniagaan Vemma adalah perniagaan berasaskan perhubungan (relationship), kena ingat tuu).
    • Jika anda tidak mahu berjumpa dengan PE anda (sebab malu, tak tahu apa nak cerita, sibuk dsbg), boleh juga, tapi anda menyerahkan kepada nasib je la sama ada PE anda akan upgrade jadi ahli atau tidak. Ini tidak digalakkan, serupa macam beli loteri la ni, entah menang entah tidak takda siapa tahu.
    • Jika PE anda bersetuju utk berjumpa, pandai-pandailah utk anda menguruskan appointment. Jika anda tak pandai nak cerita, bawa sekali upline anda (jangan lupa aturkan appointment dengan upline anda sekali). Kebaikan membawa upline anda sekali ialah anda boleh belajar cara mempromosi serta memberi anda dan PE anda keyakinan. 
Selamat mencuba! dan jangan putus asa atau kecewa jika cubaan anda gagal atau PE anda menolak dan memberi pelbagai alasan. Ingat, waktu anda terlalu berharga, hanya bantu mereka yang rasa diri mereka layak dibantu (yang asyik bagi alasan tu termasuk dalam kategori tidak layak dibantu, jadi cari orang lain). Kemaskan lagi teknik dan kemahiran anda, belajar lagi daripada pemimpin kumpulan anda. Insya-Allahh , usaha anda akan berhasil.



    0 comments:

    Post a Comment