Ahalhas - Jurnal Si Pengejar Mimpi Headline Animator

Thursday, July 22, 2010

Kehebatan Mimpi

Baru-baru ini saya tergerak hati untuk membuka kembali buku yg dah lama saya ada, hasil penulisan Randy Gage yang menyentuh tentang Network Marketing, dan di antara bab-bab yg saya baca ada satu bab yg saya rasa tertarik utk saya kongsi bersama. Berikut adalah intipati bab itu (yg saya terjemahkan ke dalam BM)


Randy Gage
Berikut adalah proses penajaan yg biasa berlaku. Anda membuat persembahan dan menaja pengedar (downline)(DL) baru. DL baru anda sangat teruja dan mengimpikan habuan duit, melancong, kereta BMW dan lain-lain habuan yg bakal dia dapat. DL anda dah menyenaraikan lima nama dlm fikirannya utk dihubungi. Apabila DL anda balik ke rumah (tanpa membuat senarai nama) , dia terus menghubungi lima kenalan tersebut dan mengajak mereka datang ke majlis persembahan (business preview) yang seterusnya. Selepas itu, DL anda duduk bersantai di kerusi, merehatkan diri - menunggu habuan duit sampai ke akaunnya.

Apabila waktu malam persembahan tiba dan apa berlaku? Kalau nasib baik, adalah seorang muncul. DL anda menjadi sangat terpukul. Selepas itu, DL anda akan menghabiskan beberapa minggu mendatang utk menjemput semula empat baki kenalan yg tidak hadir ke majlis itu, dan setiap minggu, kenalan anda akan memberikan alasan yang lebih baik utk tidak hadir.

Apa yg DL anda tidak sedar ialah kenalan-kenalan dia itu memang tidak mahu hadir. Mereka cuma tak tahu macam mana nak bagitau DL anda. Jadi, sampai sahaja hujung bulan, DL anda akan berkata ' itu je lah kenalan yg saya ada'.

Daripada terpaksa menghadapi lebih banyak penolakan dan kekecewaan, DL anda terus berputus-asa dan mengalah.

Tinggi kebarangkalian DL anda akan berhenti menjadi pengedar. Jika dia terus bersama anda, besar kemungkinan dia akan terus datang ke majlis persembahan tetapi tidak akan membawa bersama kenalan/tetamu. Rasa takut mengatasi impiannya. DL anda kini melihat duit, melancong, kereta besar dalam bentuk abstrak -kedengaran hebat dan nampak hebat- tetapi tidak percaya ia akan berlaku untuk mereka.

UNTUK MENUKAR FANTASI MENJADI IMPIAN, DAN IMPIAN MENJADI KOMITMEN - IMPIAN ANDA HARUS LEBIH KUAT DARIPADA KETAKUTAN ANDA

Hanya ada 2 syarat - hanya 2 - utk membina perniagaan yg besar. Ia adalah impian dan kesanggupan utk mengorbankan masa dan tenaga utk mengejar impian tersebut. 

Untuk bermula, kita perlu mengenalpasti apakan impian kita, dan memastikan impian itu adalah impian yg BESAR. Kita perlu mengenalpasti impian kita secara spesifik dan bayangkan ia berlaku! Berikut adalah beberapa contoh impian yang spesifik:
Kereta Impianku
  1. Mungkin ada mengimpikan kereta besar. Tidak cukup jika hanya berkata kereta besar, anda mesti spesifik, seperti ini: Kereta BMW 5-series, berwarna biru gelap, kerusi kulit berwarna hitam. Cari gambarnya (atau ambik brosurnya di showroom) dan tampalkan gambar anda di situ.
  2. Mungkin impian anda utk berhenti kerja (mungkin sebab anda tidak suka dgn kerja anda atau bos anda). Tentukan tarikhnya, buat rancangan dan berlatih ucapan yg anda akan berikan semasa majlis perpisahan anda. Bayangkan hari selepas anda berhenti, jam anda berbunyi, lalu anda angkat dan hempaskan jam anda. Kemudian, berbaring semula ke katil anda dan memeluk pasangan anda (yg tentu juga tidak perlu bekerja lagi di ketika itu) dan sambung balik tidur.
  3. Mungkin anda impikan melancong secara 'grand' bersama keluarga di Eropah. Tetapkan tarikhnya, destinasinya, tempat-tempat menarik yg anda sekeluarga ingin lawati, cari gambar tempat-tempat itu dan masukkan gambar keluarga anda beserta tarikh anda bakal berada di situ.
Kekuatan impian yg sebeginilah yg akan mendorong kita utk terus maju ke hadapan, dan membuatkan kita berfikir tentang langkah seterusnya, menghadapi halangan tanpa cepat rasa putus asa, menjadikan kita sentiasa teruja, dan keterujaan ini juga seperti wabak, akan cepat menjangkit kepada orang lain yg kemudiannya akan menyokong kita dalam apa jua kita lakukan.

Tunggu apa lagi? Ayuh kita bermimpi hebat!

0 comments:

Post a Comment