Ahalhas - Jurnal Si Pengejar Mimpi Headline Animator

Thursday, July 29, 2010

Jom Keluar Dari Perangkap 9-5

Saya pernah menyebut tentang buku Randy Gage dalam artikel saya sebelum ini. Beliau merupakan salah seorang MLM 'guru' yang tersohor. Selain daripada menerbitkan buku, beliau juga banyak menerbitkan bahan-bahan lain yang dapat membantu pembangunan diri seorang ahli MLM. Bagaimanapun, kebanyakan bahan-bahan ini dijual di laman beliau dan mana-mana ahli MLM yang mampu disarankan utk mengkaji bahan-bahan latihan oleh Randy Gage ini.
 
Saya juga ada terjumpa banyak video-video beliau di YouTube yang boleh disaksikan secara percuma. Sekurang-kurangnya video tersebut dapat menyerlahkan kredibiliti beliau dalam arena MLM ni. (Bermimpi sekejap menggantikan kepala Randy yg botak tu dengan kepala saya yang agak lebih hensem daripada dia, segalanya mungkin!).
 
Di'embed'kan di dalam artikel ini satu video YouTube yang saya rasa sangat menarik untuk dikongsi bersama. Ia juga berkaitan impian dan saranan beliau untuk kita mengeluarkan diri daripada perangkap hidup 9-5 (jam kerja biasa) sangat mengujakan.
  
Dan yang lebih menarik lagi, saya ada juga terjumpa video Randy Gage yang percaya kepada keberkatan sedekah dan zakat. Video itu bertajuk 'The Prosperity Law of Tithing by Randy Gage' dan saya sarankan anda lihat video tersebut di dalam YouTube. Ini linknya. Makanya, saya mengingatkan diri saya sendiri bahawasanya apabila impian kita tercapai, janganlah lupa untuk selalu bersedekah dan berzakat, kerana Allah akan melipatgandakan lagi rezeki kita. Amin. 
 


0 comments:

Post a Comment