Ahalhas - Jurnal Si Pengejar Mimpi Headline Animator

Friday, July 16, 2010

Harga Gula, Petrol naik. Gaji tak naik-naik

"The price of sugar will go up 25sen to RM1.75 per kg; LPG will go up 10sen to RM1.85 per kg; petrol RON95 will be up 5sen to RM1.85 per litre and diesel will be up 5sen to RM1.75 per litre. The Star 15 July 2010."
Hari ini kita dapati nilai wang yg kita ada menjadi semakin rendah disebabkan dek pengumuman yg saya paparkan diatas. Kenaikan harga barangan keperluan bukanlah suatu yg mengejutkan kerana begitulah norma dunia kapitalis yg kita huni ketika ini. Perlu diingatkan disini bahawa kita masih hidup bersubsidi (terutamanya di Malaysia), bermakna sebahagian kos barangan yg kita guna hari-hari ini ditanggung kerajaan. Persoalannya sampai bila kerajaan mampu menanggungnya bagi pihak kita? Akan sampai satu hari di mana kerajaan akan mencabut keistimewaan subsidi ini dari kita (nothing last forever), kerana pelbagai sebab dan hari ini telah terbukti. Alasan kerajaan adalah untuk mengelakkan Malaysia bankrap pada tahun 2019. 

Bermain dalam fikiran saya, bagaimana pulak rupanya kalau Malaysia bankrap. Mungkinkah akan ada sheik berstatus billionaire akan membeli Malaysia pada ketika itu? :-O. Yang pastinya, sebelum Malaysia bankrap, rakyat akan bankrap dahulu kerana subsidi sudah hilang.


Kalau kita sanggup hidup ringkas (macam Dimas dan Winda dlm sinetron Benci Bilang Cinta, episod terkini), kenaikan harga barang langsung tak ada impak pada kita. Kerana kita hidup tidak melebihi apa yg kita perlu.

Namun adakah kita sanggup melepaskan kemewahan dan keselesaan yg kita ada sekarang ni (takde Astro camna nak tengok bola EPL, takde kereta camna nak bawa keluarga jalan-jalan, takde telefon bimbit camna nak berbual-bual dgn anak, takde broadband camna nak cari maklumat).

Pendek kata, semua yang kita bayar bulan-bulan sekarang ni kalau 10 tahun dulu adalah kemewahan tapi kini dah bertukar menjadi KEPERLUAN ASAS!

Jadi mahu tak mahu, kita kena cari duit lebih. Jom ikuti saya berjaya dalam bisnes Vemma 

Disclaimer: artikel ini adalah pandangan peribadi semata-mata, tidak ada kenyataan-kenyataan yg mengkritik kerajaan dan agensi-agensinya. Kang tak pasal-pasal kena ISA plak saya.

0 comments:

Post a Comment