Ahalhas - Jurnal Si Pengejar Mimpi Headline Animator

Thursday, July 15, 2010

Biar Lambat Asal Selamat

Cerita kali ini adalah berkaitan konsep 'downline' dan 'upline'.

Secara asasnya adalah 2 elemen paling penting dlm MLM atau network marketing (NM). Mengikut paradigma lama (yang telah dibasuh ke dalam otak saya semasa pertama kali saya terlibat dlm MLM), cara nak dapat bonus dengan cepat ialah dengan mencari downline dengan cepat, dandownline tu mencari downline dia dengan cepat (dan seterusnya).

Memang ada logiknya, di mana itu sajalah cara utk kita dapat balik modal kita dgn cepat. Kita dah belanja duit yg banyak jadi ahli, bila kita taja orang kita akan dapat 'Fast Start Bonus' dan itulah duit yg cover modal kita.

Masalah yg timbul ialah, disebabkan nak cepat, maka kita menggunakan taktik gerila dan paksaan utk menaja orang. Mulalah kita pressure adik beradik, atuk nenek, sedara mara, kawan-kawan rapat dsbg. utk jadi downline kita (orang2 yg kita kenal dikenali sebagai 'warm market'). Dengan hanya satu tujuan iaitu 'short-term return on investment' atau balik modal cepat. Bila mereka join, kita senyum lebar dan suruh downline kita pulak guna taktik sama, manakala kita duduk goyang kaki. Mana-mana yg belum join, dari jauh nampak muka kita, semua dah bertempiaran lari. Muka kita dah kena cop 'si anu yg dok sibuk nak paksa aku join MLM'. Makanya, dari situlah datangnya persepsi negatif terhadap MLM.

Dek disebabkan warm market semua kita dah kebas, maka downline kita terpaksa mencari 'cold market' (org-org yg tidak dikenali) dan hadapi masalah utk menaja mereka (iyelah sebab tak kenal) atau downline kita langsung takde minat utk mengembangkan network sebab tujuan mereka join hanyalah utk menjaga hati kita. Masuk bulan ke dua jadi ahli dah bersara sebab tak bayar duit 'maintenance'.

Dan akhirnya downline2 kita hilang ditiup angin. Dan bisnes kita setakat dapat 'Fast Start Bonus' je, keluar duit utk register dan dapat balik modal melalui 'Fast Start Bonus'. Tiada passive long-term income (pendapatan jangka panjang) yg kita harap-harapkan.

Siapa yg patut dipersalahkan?

Saya suka menyamakan sistem MLM ni macam belajar seni mempertahankan diri (apa-apalah silat ke, karate ke, dll). Ada satu mahaguru yg telah mencipta satu seni mempertahankan diri yg hebat dan mahaguru itu tahu faedah yg besar akan dikecapi jika dapat mempelajari seni itu. Lalu, utk mengembangkan seni itu, dia mencari anak murid (kalau dlm kungfu, anak murid mesti melalui bermacam-macam ujian utk melayakkan diri belajar dgn mahaguru). Dan kalau dah pass test baru dapat belajar.


Anak murid dilatih siang malam pagi petang utk memastikan dia tahu dan faham semua gerak jurus seni itu. Mungkin mahaguru tu kenakan la bayaran yuran setiap bulan sebab banyak kos nak dibayar, dan murid takde masalah nak bayar sebab dia tahu berbaloi baginya. Bila selesai belajar, anak murid akan ditauliahkan oleh mahagurunya sebagai guru dan anak muridnya kini layak mengajar orang lain pula dan menyebarkan faedah mempelajari seni itu. Anak muridnya itu lalu kembali ke kampung halaman dan membuka pusat belajarnya sendiri dan mengenakan yuran pada pelajarnya. Dan proses yg sama berulang kembali.

Inilah model pelaksanaan yg menjadikan mana-mana seni mempertahan diri kekal wujud sehingga sekarang. Mari kita lihat persamaan model MLM dgn seni mempertahan diri.

1. Produk : Seni mempertahankan diri = Jus Nutrisi Manggis (contohnya)
2. Mahaguru = upline
3. Anak murid = downline
4. Yuran bulanan kelas = pembelian bulanan produk (maintenance)
5. Kaedah: buka kelas dan mengajar = buka mulut dan beritahu/tulis dan sebarkan
6. Tools: pedang atau keris = sistem pemasaran online dan offline

Upline (mahaguru) percaya pada diri dan produk (seni mempertahankan diri). Tujuan asal hendak berkongsi faedah produk (ilmu seni) dengan orang lain supaya memberi impak yg besar kepada kehidupan downline (anak murid). Downline (anak murid) mestilah mempunyai keazaman dan juga percaya kepada produk, dan juga mesti mampu utk membayar yuran bulanan utk selama bertahun-tahun. Upline lalu melatih downline dengan gigih, downline juga gigih berlatih (dlm kungfu, kalau anak murid buat slack, memang bakal kena reject, tapi tak tau la dlm MLM pernah ke upline reject downline sebab downline tak bersungguh-sungguh).

Bila downline dah mempunyai ilmu dan kemahiran setaraf upline, maka upline tak perlu risau lagi tentang kebolehan downlinenya. Mahaguru berkata kepada anak murid 'sebarkanlah seni ini kepada warga dunia! dan jangan lupa deposit royalti dlm akaunku setiap bulan ya). Upline berkata kepada downline 'sebarkanlah faedah besar produk kita, dan akan ku tunggu bonus mingguanku semasa aku duduk menghirup jus oren di pantai Bahamas'.

Inilah model yg dapat memberi pendapatan pasif seumur hidup dan inilah yang sepatutnya menjadi sasaran semua ahli-ahli MLM termasuk saya.

0 comments:

Post a Comment